Oct 05, 2023
Bolehkah kita menggantikan kambing kepada bahagian lembu atau unta untuk ibadah aqiqah?
Menurut mazhab al-Syafi'e, dibolehkan sembelihan aqiqah daripada jenis unta, lembu dan kambing, serta yang seumpama dengannya seperti kerbau, biri-biri dan kibas.
Seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian bagi lembu dan juga unta.
Rujukan daripada al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj:
وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ
Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.
Wallahu A’lam.