Jul 03, 2024
Zahirkan rasa syukur di atas zuriat kurniaan Allah SWT melalui pelaksanaan ibadah akikah dengan penuh keikhlasan.
Sabda Baginda SAW:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadah untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”
HR Abu Daud (2842).
Namun, adakah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki? Maka, jawapannya adalah memadai dan dibolehkan.
Hadis daripada Ibn Abbas RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang.”
HR Abu Daud (2841).
Wallahu'alam.
Rujukan: al-Muhazzab oleh al-Syirazi (1/438) & al-Majmu’ oleh al-Nawawi (8/429).