Sep 14, 2024
Menurut Imam al-Nawawi, disunatkan untuk mengucapkan tahniah kepada ibu ayah yang baru menyambut kelahiran anak.
Ucapkanlah!:
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”
Kemudian, disunatkan kepada orang yang menerima ucapan tahniah itu untuk membalasnya dengan:
بَارَكَ الله لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ الله خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَك
Maksudnya: “Semoga Allah memberkati keluargamu, memberkatimu kerana menjaga mereka, membalasmu dengan ganjaran kebaikan, dan memberikanmu rezeki seumpamanya.”
Atau diucapkan:
أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَكَ
Maksudnya: “Semoga Allah melipat gandakan pahalamu.”
Atau ucapan-ucapan seumpama itu.
Rujukan:
Irsyad Hukum Siri Ke 502:
Ucapan Doa & Tahniah Sempena Kelahiran Anak
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/4465-irsyad-al-fatwa-siri-ke-502-ucapan-doa-dan-tahniah-sempena-kelahiran-anak