Sep 14, 2024
Nak tahu tak, masih ramai orang yang salah faham tentang akikah? Kebanyakan orang fikir, kita mesti adakan kenduri besar-besar bila nak buat akikah. Tapi sebenarnya, tak wajib pun buat macam tu.
Ibu ayah tetap boleh raikan kelahiran anak tanpa belanja yang tinggi. Tak perlu bersusah payah nak atur majlis, terutamanya buat ibu ayah yang ada komitmen lain atau jadual kerja yang sibuk.
Cukup dengan menyembelih seekor kambing yang memenuhi syarat akikah, kemudian dagingnya dimasak dan diagihkan kepada keluarga, jiran mahupun kenalan terdekat.
Ringkas & mudah kan? Tanpa majlis yang meriah atau mewah, paling penting ibu ayah sudah menunaikan tanggungjawab untuk melunaskan akikah anak-anak.
Sekiranya ibu ayah ada sebarang persoalan atau ingin dapatkan konsultasi berkaitan akikah anak anda, sila hubungi kami di https://whatsapp.razakplusgoat.com.