Sep 20, 2024
Akikah sunat dilakukan pada hari ke 7 kelahiran, namun jika ada kekangan untuk dilakukan pada masa itu, ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum anak menginjak baligh.
Pelaksanaan akikah dituntut ke atas al-asl (seperti ayah dan datuk) kerana mereka yang wajib menafkahi bayi tersebut dan bayi dianggap fakir.
Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diakikahkan, maka sunat bagi anak tersebut untuk mengakikahkan dirinya sendiri.
Mungkin ada dalam kalangan ibu ayah yang berhajat untuk melunaskan akikah anak, namun kurang pasti mengenai syarat-syarat akikah, jenis haiwan dan cara penyembelihan yang patuh syariah.
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan info lanjut berkaitan akikah anak anda:
https://whatsapp.razakplusgoat.com