Sep 21, 2024
Akikah merupakan ibadah sunat yang melibatkan penyembelihan haiwan ternakan (terutamanya kambing atau bebiri) sebagai tanda kesyukuran yang dilaksanakan selepas kelahiran anak.
Bilangan kambing/bebiri yang disembelih pula bergantung kepada jantina anak;
Anak perempuan
1 bahagian = 1 ekor kambing/bebiri
Anak lelaki
2 bahagian = 2 ekor kambing/bebiri
Afdhal bagi anak lelaki adalah 2 ekor, namun 1 ekor juga memadai berdasarkan sebuah hadis daripada Ibn Abbas r.a:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.
HR Abu Daud.