Mungkin Ada Dalam Kalangan Ibu Ayah Yang Tidak

Mungkin Ada Dalam Kalangan Ibu Ayah Yang Tidak

Nov 21, 2024

Mungkin ada dalam kalangan ibu ayah yang tidak tahu bahawa, akikah yang lebih afdhal adalah yang dilaksanakan di tempat sendiri.

Hal ini berikutan, terdapat amalan-amalan sunat lain yang saling bersangkutan dengan ibadah akikah tersebut.

Antaranya menamakan anak dengan panggilan yang baik, mencukur rambutnya, mengagihkan daging kambing (yang telah dimasak), berkhatan, dsbgnya.

Sebagai hikmah, ibadah akikah ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim, saling berkongsi kegembiraan dan rasa syukur melalui doa yang dipanjatkan atas kehadiran “orang baru”.

Selain memberikan pengalaman yang paling mengujakan terutamanya buat ibu ayah yang baru pertama kali menimang cahaya mata.


Follow Us

Our Album