Dec 31, 2024
Bulan Haram merujuk kepada empat bulan dalam kalendar Islam iaitu;
1. Muharam
2. Rejab
3. Zulkaedah
4. Zulhijah
Umat Islam dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah dalam bulan tersebut, malahan digalakkan untuk:
1) Memperbanyak ibadah seperti puasa, sedekah, dan solat sunat.
2) Menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
3) Menghindari segala bentuk kezaliman atau maksiat.
Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 36:
“Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang takwa."